Thursday, December 17, 2009

GEMBIRA EDIT BLOG

Setelah hampir 5 jam saya meng"edit" blog yang telah lama ditinggalkan akhirnya segala kecelaruan dapat diselesaikan.

Walaupun perasaan dan badan terlalu letih dengan kerja tersebut, namun saya gembira kerana telah berjaya membuat satu lagi perubahan kepada blog saya untuk diperindahkan lagi.

Sedikit lagi touch-up akan dilakukan beberapa hari lagi (ikut mood)..hehehe..

ok..Lepas-lepas ini akan dijanjikan dengan hidangan-hidangan yang istimewa buat semua.

Thursday, June 11, 2009

Pantaskan MusangBerapi Anda

Pasti anda ingin melajukan lagi pelayaran kalian di dalam internet dengan menggunakan Mozilla Firefox 3. Ikuti Langkah mudah berikut:
1. Taipkan "about:config" (tanpa ") di dalam address bar.
2. Kemudian tekan Enter.

Copy paste setiap dibawah pada bar filter. Kalau yang rajin boleh la cari satu-satu benda kat bawah ni.
network.http.max-connections 30 to 96
network.http.max-connections-per-server 15 to 32
network.http.max-persistent-connections-per-server 6 to 8
network.http.pipelining false to true
network.http.proxy.pipelining false to true
network.http.pipelining.maxrequests 30 to 8
network.http.pipelining.ssl false to true

Selamat Mencuba!!!! Regards, Archmay09 Facing the World through IT.

Tuesday, May 26, 2009

Free Upload service

Di sini anda boleh menggunakan perkhidmatan upload secara percuma. Tanpa sebarang bayaran dan sememangnya 0.

Bagaimana untuk menggunakannya.
1. Klik "browse" dan carilah file yang anda ingin uploadkan (Pastikan ianya bukan barangan terlarang tau...)
2. Selepas file anda dipilih. Klik "Store Now!" yang ada di sebelah "browse".
3. Tunggu file anda diuploadkan.
4. Setiap upload yang berjaya akan di simpan di bahagian "List of Uploaded File"

Cara-cara untuk memuat turun (download).
1. Klik sahaja pada file yang anda inginkan.
2. Selepas anda klik file yang anda inginkan, akan ada bahagian paling atas menunjukkan File to download: (nama file tersebut) Klik Here To Download.
3. Klik la "Klik Here To Download". Kemudian akan ada satu page baru.
4. Selepas itu klik pada butang download dan tunggu sehingga permintaan di mana untuk anda simpan file tersebut.
5. Kemudian simpanlah kat mana-mana directory yang korang nak Cth: c:/my documents/.
6. Tunggu la sehingga file itu selesai di download.
7. Bila dah selesai 2 shut down la pc korang ek... hehehe..silap..dah siap download 2 apa lagi buka la file korang 2. Selamat Mencuba dan Berjaya!!!!





Regard,
Archmay09
Facing the World through IT.

Sunday, May 10, 2009

Salam Perkenalan

Hi..selamat datang ke blog saya. 
Untuk permulaan ini, secara dasarnya akan saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: 
1. Luahan Rasa Menyentuh Jiwa Ruangan ini merupakan luahan-luahan rasa yang tersimpan di dalam jiwa setiap insan. Kita akan mengupas beberapa isu-isu hangat dan mungkin jua isu-isu basi di dalam Luahan Rasa Menyentuh Jiwa.  


2. Ilmu Pelita Kehidupan Ruangan ini merupakan ruangan saya berkongsi kepakaran dan bertukar-tukar pendapat mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu. Tidak kira ilmu pengetahuan, ilmu seni bina, ilmu dalam teknik-teknik fotografi, editing gambar dan sebagainya.


3. Games Maniac Dalam ruangan ini dimuatkan game PC pilihan saya (yang saya main la). Kepada semua yang ingin sangat nak komen boleh komen dan berikan apa-apa pendapat yang berpatutan. Regard, Archmay09 Facing the World through IT.


Semoga kalian selalu mengunjungi blog ini.