Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!!

Tanggal 31 Ogos 2010 maka genaplah Tanah Malaya (Not Malaysia k.) mencapai kemerdekaan yang ke-53. Kalau kita ingin bandingkan dengan usia manusia kire lg 3 tahun nak pencen... So dengan kemerdekaan yang telah dicapai lebih dari 50 tahun pelbagai perubahan yang telah berlaku sama ada dari segi pembinaan, pembangunan kerohanian, pembangunan insan dan bermacam-macam lagi.

Selain daripada perkembangan positif yang memberi kesan kepada pembangunan negara terdapat juga perkembangan negatif yang semakin melonjak sejak akhir-akhir ini. Antara pembangunan-pembangunan negatif yang kian pesat adalah Penyalahgunaan Dadah di kalangan remaja, Peningkatan Kelahiran Anak Luar Nikah, Peningkatan Kes Rogol, Peningkatan Gejala Mat Rempit dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat ditulis dalam luahan ini.


Sebagai Generasi Ke-3/ke-4 anak-nak Merdeka seharusnya sikap-sikap anak-anak muda masa kini lebih sifat terbuka dan mampu memilih sesuatu perkara itu dengan bijak dan mampu memberikan sumbangan positif terhadap pembangunan negara.


Sia-sia sahaja duit yang dilaburkan untuk aktiviti-aktiviti pencegahan jika kadar keruntuhan akhlak dan nilai moral anak muda masa kini semakin meningkat. Bak kata pepatah "Bagai Mencurah Air di daun keladi". 

Maka dengan bermulanya tarikh keramat ini marilah kita semua berganding bahu anak-anak generasi ke-3 dan ke-4 bersama-sama membantu dan menolong rakan-rakan kita yang memerlukan huluran tangan kita. Ingatlah tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah (x bermaksud derma sahaja k) Tapi jika kita membantu rakan-rakan kita yang lain Insyaallah kita akan dibantu apabila kita benar-benar memerlukan pertolongan..


Sekian... Salam Merdeka buat Semua....

Monday, August 30, 2010

Setelah sekian lama....blog baru jumpa balik...hahaha

Setelah hampir berbulan-bulan meninggalkan dunia blogging ni...terasa plak nk memblog sekali lagi dikala kesibukan menyiapkan assignment wa action research yang semakin menghampiri tarikh matinya (deadline)...hohoho...

Dalam konteks kali ni mari kita lihat apa yang harus kita lakukan jika semakin menghampiri tarikh duedate yang perlu dihantar kepada lecturer terchenta...hahaha...

Erm...so i will continue my action research and another two more assignment...Huhh.....but i'm happy to do last minute work...really challenging to me...hohoho....i like...

So, see you next time... da~ (When??? I also don't know la)...just wait...

Thursday, May 6, 2010

Persiapan Menghadapi Peperiksaan!!!! Owh No!!!!

Bila habis saje praktikum maka satu cabaran yang amat getir kembali lagi di setiap hujung semester...apakah itu??? Peperiksaan.... Owhhhh Tidak!!!!!! Kemalasan kembali bersarang untuk membaca nota-nota...tapi memandangkan peperiksaan  ini dimulakan dengan peperiksaan BnK maka terpaksalah membaca nota-nota BnK 2 semua...

Seminggu kemudian pula, peperiksaan EDU3113 plak menjelma...Action Research 1....Lagi la tak tau apa yang masuk...pening pale deh...hehehe..tapi takpe...jangan terkejar-kejar dan terburu2...


Selamat Maju Jaya dan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada seluruh warga yang masih bergelar pelajar...dari Usia 7 tahun sehinggalah ke angka 20-an, 30-an dan seterusnya..

Tuesday, April 27, 2010

First Time Hujan masa nak balik dari skool!!!

KANGAR APRIL 26: Hujan renyai-renyai bermula pukul 1.30 ptg tidak dapat diduga bahawa akan menjadi agak lebat sekitar 2.00 ptg. Kejadian ini merupakan kejadian pertama dalam tempoh praktikum selama 3 bulan di sini.

Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Namun kepada rider seperti aku, kenelah sediakan baju hujan sebelum hujan...bukan apa...takkan nak sediakan payung plak bile nek moto...tak brutal n membahayakan keselematan kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain...hehehe...

Apa-apa pun hari ni dah mula bawa baju hujan bagi persiapan tengah hari..bukan apa...ni pun tgk cam dah nk hujan je tengah hari ni...hehehe..xpe2 aku dah bersedia...


Saturday, April 24, 2010

Memulakan Langkah Pertama


Huh...dalam diam tak diam cuma tinggal  seminggu je lagi Praktikum Fasa 3 akan berakhir. Memang terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara tak kiralah sama ada tujuan peribadi, urusan rasmi, urusan jual beli dan bermacam-macam lagi.

Nak kata suka mem"blog"ing pun tak jugak saje je nak wat nyemak kat sini..hehehe..bukan pe..tetiba je rasa nak menyemakkan diri dalam blog ni..hehehe...

Sebagai permulaan langkah pertama di tahun 2010 ni (pergh dah ujung April dah seh bru first post)...hikhik...
nak kongsi beberapa cerita yang menarik dan kurang menarik sepanjang kehilangan ini...hehehe...

Ok kita start citer best dulu, cerita beshnye ni dah masuk tahun terakhir tuk program degree yang dibuat di IPG Kampus Perlis (dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Perlis @ Institut Perguruan Perlis @ IPGM Kampus Perlis)...

Diam tak diam dah 5 tahun dah duk bermastautin di Negeri Kayangan ni...nak kata kayangan memang kayangan sungguh sehinggakan Pusat Bowling di Kayangan Square semenjak aku datang ke sini baru je bukak dalam 2 minggu kot secara rasminya..hehehe...pergh...lama seh...ade lah lebih dari 5 tahun projek tu terbengkalai sebab ape tak tau...So, sekarang ni kalau nak pergi "memangkuk" atau lebih dikenali sebagai Bowling boleh la main kat sini je...Tapi 2 la...bajet tuk main bowling ni pun dah xde sebb duit tu dah disalurkan kepada sukan yang lebih membawa peluh (futsal)...hehehe...

Ok...gembira ke cerita kat atas 2...hehehe...entahlah...kita beralih pula ke bahagian sedih plak...bila terkenangkan zaman-zaman mase mula2 masuk maktab dulu, mmg rasa cam nerd je...ahaks...bukan pe..time mule2 masuk maktab umur baru je 18 thn...skang ni umor dah 23 dah...(waa...beso dah anak mak ni yo!!!)...

Bila mengenangkan akan berpisah dengan kawan-kawan yang telah kenal selama 5 tahun ni terasa rindu plak kenangan2 lalu masa mule masuk sini...bukan pe bnyak gila pengalaman pahit cam kopi n manis melebihi tahap kemanisan yang dibenarkan bersarang di dalam kepala otak...hehe...dari masing-masing single mingle hinggalah dah ada jadi Puan dah skang ni..hehehe...tahniah diucapkan kepada classmate yang dah dapat title Puan...hehehe...jagelah umah tangga 2 baik2 n semoga berkekalan sehingga akhir hayat..pasni bile time aku kawin jgn lupa dtg plak ea...hehehe...




Sekian,
Archmay