Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!!

Tanggal 31 Ogos 2010 maka genaplah Tanah Malaya (Not Malaysia k.) mencapai kemerdekaan yang ke-53. Kalau kita ingin bandingkan dengan usia manusia kire lg 3 tahun nak pencen... So dengan kemerdekaan yang telah dicapai lebih dari 50 tahun pelbagai perubahan yang telah berlaku sama ada dari segi pembinaan, pembangunan kerohanian, pembangunan insan dan bermacam-macam lagi.

Selain daripada perkembangan positif yang memberi kesan kepada pembangunan negara terdapat juga perkembangan negatif yang semakin melonjak sejak akhir-akhir ini. Antara pembangunan-pembangunan negatif yang kian pesat adalah Penyalahgunaan Dadah di kalangan remaja, Peningkatan Kelahiran Anak Luar Nikah, Peningkatan Kes Rogol, Peningkatan Gejala Mat Rempit dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat ditulis dalam luahan ini.


Sebagai Generasi Ke-3/ke-4 anak-nak Merdeka seharusnya sikap-sikap anak-anak muda masa kini lebih sifat terbuka dan mampu memilih sesuatu perkara itu dengan bijak dan mampu memberikan sumbangan positif terhadap pembangunan negara.


Sia-sia sahaja duit yang dilaburkan untuk aktiviti-aktiviti pencegahan jika kadar keruntuhan akhlak dan nilai moral anak muda masa kini semakin meningkat. Bak kata pepatah "Bagai Mencurah Air di daun keladi". 

Maka dengan bermulanya tarikh keramat ini marilah kita semua berganding bahu anak-anak generasi ke-3 dan ke-4 bersama-sama membantu dan menolong rakan-rakan kita yang memerlukan huluran tangan kita. Ingatlah tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah (x bermaksud derma sahaja k) Tapi jika kita membantu rakan-rakan kita yang lain Insyaallah kita akan dibantu apabila kita benar-benar memerlukan pertolongan..


Sekian... Salam Merdeka buat Semua....

No comments:

Post a Comment